Kenali pasukan di sebalik MTS Sejahtera.
21 ahli AJK sesi 2026/2027. Setiap orang ada jawatan, portfolio, dan saluran hubungan terus.
Gerak kerja & objektif utama.
Tiga objektif utama yang akan menjadi tumpuan PIBG sesi 2026/2027. Setiap objektif diterjemahkan kepada inisiatif konkrit dengan skop, sasaran dan KPI yang jelas.
Mengurangkan jurang & mewujudkan keharmonian
Membina kepercayaan dua hala melalui dengar, kumpul, dan platform komunikasi rasmi yang konsisten.
Kajian Keperluan & Persepsi Ibu Bapa / Penjaga
Mendapatkan pandangan ibu bapa tentang keadaan sekolah, peranan PIBG, dan keutamaan tindakan untuk setahun akan datang. Dapatan menjadi input utama Blueprint MTS Sejahtera.
Kumpulan Perbincangan Ibu Bapa / KSIB
Mengumpulkan ibu bapa yang berminat untuk sama-sama menyumbang kepada KSIB dan menjadi sebahagian daripada kumpulan perbincangan rasmi.
Platform online PIBG
Pelancaran pibg.medinitrustschool.com sebagai medium utama penyampaian maklumat antara ibu bapa dan sekolah — forum, kewangan, takwim, diary di satu tempat.
Mengenal pasti & menaik taraf fasiliti secara berperingkat
Bukan ad-hoc — kami senaraikan keutamaan, anggarkan kos, dan laksanakan mengikut keupayaan dana komuniti.
Baik Pulih Surau Al Khawarizmi
Lantai mozek pecah, bumbung bocor, langsir saf tercabut, ketiadaan awning di pintu masuk. Surau gunasama dengan Sekolah Agama Medini — keselesaan & keselamatan solat menjadi keutamaan.
Menaik Taraf Dewan MTS
Logo sekolah, wallpaper pentas, gambar agung, penggantian kipas dinding 6 → 10, baik pulih lantai, PA system, helifan tambahan, stor simpanan, dan penamaan semula dewan.
Penapis Air — Konsep Infak
Sasaran 4 buah penapis air untuk warga sekolah. Setiap unit (RM 1,500) diinfak oleh individu atau organisasi; selepas pemasangan, diselenggara oleh PIBG.
Penambahan CCTV
Memperluaskan liputan CCTV dalam kawasan sekolah untuk pemantauan murid yang lebih baik. Anggaran kos akan dimuktamadkan oleh biro berkenaan.
Mewujudkan perancangan kewangan yang telus & sustainable
Beralih daripada bergantung kepada sumbangan ad-hoc kepada model kewangan berstruktur dengan 4 saluran utama.
Sumbangan Telus melalui Website
Semua program, kertas kerja, surat dan maklumat kewangan dipaparkan secara terbuka di website PIBG. Ibu bapa boleh menyumbang secara terus dalam talian.
Sumbangan Korporat / CSR
Tiada had jumlah. Dalam perancangan untuk bekerjasama dengan NGO bagi membolehkan tax exemption diberikan kepada syarikat yang menyumbang.
Program MTS Family — Database Strategic Partner
Direktori perniagaan sekitar MTS (klinik, farmasi, restoran). 100 slot setahun × RM 1,000. Logo & maklumat dipaparkan di website PIBG sebagai win-win antara sekolah, PIBG dan SME.
Program Penjanaan Ekonomi
Pasar Malam MTS (setiap Isnin, 4ptg–9mlm, di luar sekolah dengan kebenaran MBIP) dan Medini Family Fun Run — larian ibu bapa & anak dengan medal + t-shirt.