Kajian Keperluan & Persepsi Ibu Bapa / Penjaga SK Medini
PIBG Sekolah Kebangsaan Medini sedang menjalankan satu kajian untuk mendapatkan pandangan ibu bapa atau penjaga tentang keadaan semasa sekolah, peranan PIBG, pengalaman berinteraksi dengan sekolah, serta perkara-perkara yang memerlukan perhatian dalam tempoh setahun akan datang. Dapatan kajian ini akan digunakan untuk memahami pengalaman sebenar ibu bapa, mengenal pasti ruang penambahbaikan, menentukan keutamaan tindakan, serta membina blueprint PIBG yang lebih sesuai dengan keperluan sekolah. Link ke kajian MTS : https://kajian.medinitrustschool.com/