PIBG SK Medini·Iskandar Puteri, Johor

Infrastruktur komuniti
untuk sekolah anak kita.

Satu portal untuk forum, kewangan, takwim, dan direktori perniagaan — diuruskan oleh PIBG SK Medini.

Kempen Aktif · Kewangan PIBG

Setiap sumbangan,
satu pelaburan untuk anak kita.

Semua kempen
Sumbangan Kerja Naik Taraf Surau Al Khawarizmi SK Medini
★ Sorotan

Infrastruktur · 53% terkumpul

Sumbangan Kerja Naik Taraf Surau Al Khawarizmi SK Medini

Pengenalan Surau Al Khawarizmi Sekolah Kebangsaan Medini merupakan surau gunasama dengan Sekolah Agama Medini. Ia menjadi wadah utama kepada para pelajar serta seluruh warga sekolah untuk menunaikan solat dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan. Namun demikian, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan surau didapati telah mengalami kerosakan yang teruk seperti lantai pecah dan tandas tersumbat, sekali gus menjejaskan keselesaan serta keselamatan pengguna. Sehubungan itu, hasil daripada mesyuarat dan perbincangan bersama kedua pihak telah mencapai satu persetujuan iaitu untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih surau demi kesejahteraan bersama. Kerja-kerja baik pulih yang dicadangkan meliputi: 1. Penanggalan lantai mozek lama yang rosak 2. Penyediaan permukaan lantai baharu 3. Pemasangan mozek baharu yang lebih berkualiti 4. Kerja-kerja kemasan dan pembersihan 5. Membaiki bumbung dan siling rumah yang rosak Anggaran Kos Anggaran kos keseluruhan projek adalah RM100,000 BIL PERKARA ANGGARAN 1. Kerja-kerja pemasangan jubin lantai RM 43,960 2. Kerja-lerja Baikpulih Bumbung Sedia Ada dan Pemasangan Bumbung Tambahan Di Pintu Masuk Surau RM 25,000 3. Kerja-kerja Baikpulih Dan Mengecat Semula Dinding  RM 10,000 4 Kerja-kerja pemasangan Langsir Pemisah Jemaah Lelaki Dan Perempuan RM 1,000 5 Kerja kerja Baikpulih Pintu, Sliding Door RM 540 6 Kerja-kerja naik taraf sistem PA RM 7,000 7 Pemasangan Mihrab RM 5,000 8 Kerja pemasangan Rak Al-Quran dan menyediakan Telekung RM 2,500 9 Karpet dan Sejadah RM 5,000 JUMLAH KESELURUHAN RM100,000.00

RM 52,650/ RM 100,000
133 penyumbang
Sumbang sekarang

MTS Family · Direktori Komuniti

Perniagaan ahli komuniti.

1 perniagaan yang disahkan dalam komuniti SK Medini. Sokong sesama komuniti dan nikmati tawaran khas daripada ahli MTS Family.

Cloudswired Technologies
Cloudswired Technologies
Cloudswired Technologies
Cloudswired Technologies

1 / 100 diisi · Daftar sekarang

Ada perniagaan?
Sertai keluarga MTS.

Daftar dengan RM 1,000 setahun — dapat profil page lengkap, tawaran khas, dan pendedahan kepada komuniti SK Medini.

Forum Komuniti

Suara ibu bapa.

Ruang berbincang tersusun untuk cadangan, soal jawab, dan perkongsian — disemak oleh AJK PIBG.

Pelan Hala Tuju · Sesi 2026/2027

Hala tuju PIBG
SK Medini.

Dokumen hala tuju PIBG sesi 2026/2027 — pelan tindakan, objektif utama, dan gerak kerja AJK untuk membangunkan ekosistem sekolah yang harmoni dan telus.

Baca lebih lanjut
01
Komunikasi & Keharmonian
Membina kepercayaan dua hala antara PIBG dan ibu bapa melalui platform rasmi dan kumpulan perbincangan.
02
Infrastruktur Sekolah
Mengenal pasti dan menaik taraf fasiliti secara berperingkat — surau, dewan, penapis air, dan CCTV.
03
Kewangan Telus & Sustainable
4 saluran kewangan terstruktur: sumbangan dalam talian, korporat/CSR, MTS Family, dan program penjanaan ekonomi.