Infrastruktur · 53% terkumpul
Sumbangan Kerja Naik Taraf Surau Al Khawarizmi SK Medini
Pengenalan Surau Al Khawarizmi Sekolah Kebangsaan Medini merupakan surau gunasama dengan Sekolah Agama Medini. Ia menjadi wadah utama kepada para pelajar serta seluruh warga sekolah untuk menunaikan solat dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan. Namun demikian, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan surau didapati telah mengalami kerosakan yang teruk seperti lantai pecah dan tandas tersumbat, sekali gus menjejaskan keselesaan serta keselamatan pengguna. Sehubungan itu, hasil daripada mesyuarat dan perbincangan bersama kedua pihak telah mencapai satu persetujuan iaitu untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih surau demi kesejahteraan bersama. Kerja-kerja baik pulih yang dicadangkan meliputi: 1. Penanggalan lantai mozek lama yang rosak 2. Penyediaan permukaan lantai baharu 3. Pemasangan mozek baharu yang lebih berkualiti 4. Kerja-kerja kemasan dan pembersihan 5. Membaiki bumbung dan siling rumah yang rosak Anggaran Kos Anggaran kos keseluruhan projek adalah RM100,000 BIL PERKARA ANGGARAN 1. Kerja-kerja pemasangan jubin lantai RM 43,960 2. Kerja-lerja Baikpulih Bumbung Sedia Ada dan Pemasangan Bumbung Tambahan Di Pintu Masuk Surau RM 25,000 3. Kerja-kerja Baikpulih Dan Mengecat Semula Dinding RM 10,000 4 Kerja-kerja pemasangan Langsir Pemisah Jemaah Lelaki Dan Perempuan RM 1,000 5 Kerja kerja Baikpulih Pintu, Sliding Door RM 540 6 Kerja-kerja naik taraf sistem PA RM 7,000 7 Pemasangan Mihrab RM 5,000 8 Kerja pemasangan Rak Al-Quran dan menyediakan Telekung RM 2,500 9 Karpet dan Sejadah RM 5,000 JUMLAH KESELURUHAN RM100,000.00
RM 52,650/ RM 100,000
133 penyumbang31 Julai 2026